Ahad, 18 Mac 2012

SPIES REMAJA "PENGURUSAN CINTA"










Dun Meru telah menghantar seramai 40 remaja untuk seminar PENGURUSAN CINTA dalam aspek Islam. Host program oleh Ustaz Akhwan dan Ustazah Noriman TV9. Program terbaik untuk remaja ini dianjurkan oleh PDT P Jaya bersama Pejabat Exco Pendidikan Selangor. seramai 200 remaja dapat dikumpulkan dalam program ini. YB Hjjh Halimah Ali hadir menutup majlis ini menyarakan remaja peka dengan anasir kerosakan moral dengan mendampingi majlis ilmu samada di surau, masjid atau anjuran NGO.

MESYUARAT AGONG MASJID PENUH HARMONI











Masjid As Syarif Pekan Meru telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agong untuk Perlantikan AJK baru dengan jayanya dengan semangat muhibah yang tinggi. Ustaz Asmoni sebagai Nazir bertindak sebagai Pengerusi Mesyuarat ini berjaya membawa mesej yang baik dengan sokongan semua anak kariah semua surau Masjid As Syarif dan berjaya membentuk AJK baru. Semua jamaah yang hadir mendoakan agar semua AJK yang baru dilantik memikul amanah ini dengan baik dan ikhlas untuk semua masyarakat Kg Meru.

Khamis, 15 Mac 2012

USTAZ DON DANIYAL DI SURAU KIYAI REDZUAN










Kehadiran Ustaz Don Danyal yang selalu keluar di kaca TV telah menarik ratusan hadirin dan hadirat dalam Majlis Ceramah beliau di Surau Kiyai Redzwan di Jalan Belimbing, Kg Bukit Kapar, Meru.


Turut bersama beliau ialah YB Dr Rani namun beliau tak dapat bersama sehingga akhir program kerana terpaksa bergegas ke Ampang untuk memenuhi jemputan ceramah disana.


Usataz Don dalam keadaan bersantai menjawab beberapa soalan hadirin dan hadirat yang melimpahi ruangan bawah dan halaman surau.









PELANCARAN SKEPS



















Saudara Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas telah dijemput untuk merasmikan Skuad Keselamatan Pas Selangor ( SKEPS ) yang dilancarkan di Ampang Pecah.


Turut bersama dalam majlis tersebut ialah YB Dr Abd Rani Osman dan YB Dr Halimah Ali. Juga hadir ialah Ustazah Maryam selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan Pas Selangor.


Program SKEPS yang sepatutnya berlangsung selama 2 hari berturut-turut itu terpaksa dipendekkan selama satu setengah hari sahaja kerana tenaga pemuda diperlukan untuk operasi pembersihan dan keselamatan untuk mangsa-mangsa banjir di Ampang dan Hulu Langat.


Dr Rani mengingatkan betapa pentingnya peranan yang telah dan seterusnya diambil oleh pemuda Pas bagi terus mempertahankan kesyumulan dan perjuangan Islam seperti yang telah dilakarioleh Rasulullah saw.



















Selasa, 13 Mac 2012

PELANCARAN DHPP KAWASAN SUBANG


















YB Dr Abd Rani bin Osman selaku Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor telah merasmikan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) kawasan Subang.


Kewujudan DHPP dikawasan Subang dan banyak tempat lagi membuktikan perjuangan yang di bawa oleh Pas telah mendapat tempat di hati kaum India dan Cina dinegara ini.


Sambil membacakan terjemahan ayat-ayat Al Quran dan Hadith Nabi yang menjadi dalil perjuangan Islam untuk menyantuni non-muslims dan menghormati ajaran agama mereka, Dr Rani juga membuktikan fakta-fakta sejarah yang melakarkan penerimaan Islam dikalangan mereka yang asalnya memusuhi Islam, namun kemudiannya menganut agama Islam dan memperjuangkan nya sehingga akhir hayat mereka.
















PELANCARAN ZON BERSIH MPK 2012




























Majlis Pelancaran Zon Bersih MPK 2012 dan Pertandingan Kebersihan serta Pelancaran Tapak Semaian Rakyat Pekan Meru telah berjalan lancar dengan meriahnya dengan sambutan luarbiasa oleh masyarakat setempat.




YB Ronnie Liu telah merasmikan majlis tersebut di Dewan Serbaguna MPK Pekan Meru.




YB Manikavasagam, YB Dr Xavier , YB Dr Rani juga hadir dalam majlis yang bermula dengan iringan rombongan Meru Bikers dan Polis Tempatan dari Batu Belah terus ke Dewan Meru.




Tuan Ihsan selaku Pemangku YDP MPK berharap selepas pelancaran Zon Bersih ini, rakyat Meru mestilah memberi tumpuan yang lebih serius terhadap kebersihan di Meru.




Antara pertandingan yang di adakan selain peraduan membuat kek dan masakan tempatan ialah pertandingan kereta dan motosikal traditional yang memang mendapat perhatian anak-anak muda.