Seramai lebih dari 50 orang ibu tunggal dan warga miskin di kariah Surau Darul Makmur mendapat sumbangan makanan dan wang oleh pihak surau dan PEKAWANIS.
YB Dr Rani dan isteri telah dijemput bagi menjayakan majlis tersebut dan dalam ucapannya Dr Rani berharap sumbangan-sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan kenaikan harga barang yang terlalu dirasakan oleh masyarakat bawahan.
Setakat ini Kerajaan Negeri Selangor katanya telah berusaha keras bagi memastikan khazanah Negeri Selangor ini dapat di manafaatkan bagi menaikkan taraf hidup golongan marhain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan