Jumaat, 16 September 2011

KERUSI RODA UNTUK YANG MEMERLUKAN









































Sebanyak 3 buah kerusi roda telah di agih-agihkan kepada beberapa orang pesakit dikalangan penduduk di DUN Meru.

Usaha murni ini telah diamalkan oleh ADUN Meru YB Dr Rani sejak menjadi wakil rakyat dari tahun 2008 lagi dan ianya diagihkan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan latarbelakang pegangan politik mereka.

Encik Mohd Aslan bin Mohd Basir 62 tahun, seorang yang disahkan pesakit barah paru-paru berasa teruja mendapat kunjungan dan sentuhan serta ubatan percuma dari Dr Rani.

Bagi Puan Yew Keng Chin pula, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Rani yang prihatin terhadap masaalah ibu angkatnya, Puan Teoh Chye Heng 68 tahun yang diserang penyakit stroke. Selain mendapat sumbangan wang dan ubat-ubatan, dia juga dihadiahkan sebuah kerusi roda untuk membantunya bergerak.

















Tiada ulasan: