Walaupun masih dalam suasana hariraya, menerima kunjungan tetamu yang tidak putus-putus berkunjung kerumah, YB Dr Rani bersama Ahli Majlis Ustaz Nur Najhan tidak berlengah untuk turun kepadang dan menziarahi rumah-rumah penduduk yang dinaiki banjir kilat di Taman Klang.
Menurut penduduk taman yang majoritinya adalah berbangsa Cina, inilah banjir kilat yang paling teruk menimpa mereka sejak 20 tahun yang lalu ekoran hujan lebat yang turun di Kawsasan Kelang.
Bersama pegawai dari JKR, JPS dan MPK, YB Dr Rani melawat tempat-tempat yang menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik dan berharap mereka mengambil tindakan segera bagi mengatasi masaalah banir tersebut.
Rata - rata penduduk mengucapkan 'kamsia' atau terima kasih kerana YB dan Ahli Majlis sanggup turun kepadang walaupun sebenarnya masih dlam suasana meraikan Hari Raya Puasa mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan