Sabtu, 13 November 2010

MAJLIS KECEMERLANGAN MURID SRA PEKAN MERU















SRA Pekan Meru telah mengadakan Majlis Hari Kecemerlangan Murid di Dewan Hambali Masjid As Syariff Pekan Meru.

Menurut Prof Madya Dr Habib Mat Som, YDP PIBG sekolah tersebut, SRA Pekan Meru telah berjaya mengenengahkan 63 pelajarnya mendapat mumtaz dalam PSRA tahun ini.

Pegawai Tadbir Agama Daerah Klang pula, Ustaz Abdul Malik memberitahu khabar gembira bahawa JAIS di bawah Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil keputusan untuk membekalkan buku teks percuma kepada murid-murid SRA seluruh Negeri Selangor.

YB Dr Hj Abd Rani bin Hj Osman berharap ibu bapa jangan bergantung sepenuhnya kepada guru-guru SRA sahaja untuk membentuk keperibadian anak-anak mereka sebaliknya kenalah juga bertanggungjawab menghidupkan suasana keislaman di rumah, tempat kerja dan di kampung.

Tiada ulasan: