Sabtu, 27 November 2010

PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR




















Program Merakyatkan Ekonomi Selangor & Rawatan Kesihatan Percuma yang di adakan di Surau Darul Amin Kg Hj Mohd Syarif Kg Meru telah mendapat sambutan di luar dugaan oleh ahli-ahli kariah.

Pengarah program, Encik Khalili Mat Som dalam ucapannya, memuji Pusat Kesihatan Meru dan pihak Perkeso yang telah memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan program mesra rakyat tersebut.

YB Dr Hj Abd Rani juga mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat yang menjayakan program tersebut. Moga-moga program sebegini dapat merapatkan lagi jurang antara pemimpin dan rakyat dan dapat menyelesaikan banyak masaalah rakyat di peringkat akar umbi.

Tiada ulasan: