Jumaat, 24 Disember 2010

"MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA"



Pihak JKKK bersama ajk masjid-masjid sekitar DUN Meru telah memanfaatkan cuti sekolah dengan menganjurkan pelbagai program kepada kanak-kanak dan remaja.
Menekankan semangat membaca Al Quran, ilmu fardhu Ain dan aqidah Islam kepada pelajar dan remaja menjadi satu agenda program tersebut.
Program yang berlangsung di kawasan masjid atau surau sentiasa mendapat sambutan dengan sokongan & galakan ibubapa kepada anaknya untuk terlibat.Pihak jawatankuasa proram juga amat berterima kasih dan bertuah kerana para pelajar IPT tempatan yang bercuti, sukarela membantu menjayakannya.Suasana mengimarahkan masjid dapat di lihat bukan pada waktu solat sahaja. Ia juga satu langkah awal menghidupkan semula peranan masjid pusat pelbagai aktiviti masyarakat.

Tiada ulasan: