Khamis, 16 Disember 2010

PROGRAM ANAKKU SAYANG DI SURAU-SURAU
















Program 'Anak ku Sayang' yang di adakan di beberapa buah surau di Kg Bukit Kapar telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dari ahli-ahli karyah berkenaan.


Program yang berjalan dari jam seawal 8.00 pagi dan berakhir pada waktu zohor itu mensasarkan peserta dari kalangan pelajar dari sekolah rendah.

Tenaga fasilitator tempatan adalah terdiri dari mahasiswa kolej dan unversiti dan beberapa pelajar menengah senior dari sekolah menengah tempatan yang sekarang dalam tempoh percutian.

YB Dr Abd Rani bin Osman yang merasmikan kesemua program tersebut meluahkan rasa gembira dan bersyukur dengan pihak penganjur dan tenaga fasilitator serta ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke program tersebut.

Beliau berharap apa-apa usaha untuk menanamkan kefahaman Islam di jiwa anak-anak dan ibu bapa haruslah di beri penekanan bagi menjamin kehidupan yang selesa dan selamat di dunia dan di akhirat insyaAllah.







Tiada ulasan: