Khamis, 27 Januari 2011

GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN TANAH PERKUBURAN ISLAM








AJK Masjid Sirajuddin Anwar Kg Batu Belah bersama JKKK Kampung Batu Belah telah menganjurkan satu program Pembersihan Tanah Perkuburan Islam di Batu Belah.
Program yang mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari penduduk kariah tempatan itu bukan sahaja dapat mengeratkan lagi sillatul rahmi di antara penduduk dan AJK Masjid tetapi juga melambangkan sokongan dan dokongan mereka terhadap urustadbir dan pengurusan masjid yang lebih komprehensif dan dedikatif sekarang ini.

YB Dr Rani yang di jemput untuk bersama membaca tahlil dan setrusnya merasmikan program tersebut melahirkan rasa bangganya terhadap komitment yang di tunjukkan oleh Nazir Masjid Siarajuddin Anwar, Hj Yusuf Ibrahim dan AJK masjid dalam menjalankan pelbagai aktiviti yang di jalankan semenjak di beri amanah untuk mentadbir masjid.

Tiada ulasan: