Ahad, 23 Januari 2011

(MES)-SKIM KESIHATAN WANITA




Seawal jam 7 pagi di halaman Masjid As Syarif Meru, Yb Dr Abd Rani Osman telah melepaskan rombongan 40 orang untuk kali ke-3 DUN Meru bagi skim Kesihatan Wanita.
Di bawah skim ini peserta akan menjalani pengesanan awal kanser. Hanya golongan wanita pelbagai kaum dan agama berumur 40 tahun keatas layak memohon. Pendaftaran boleh dibuat di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru, di kelola Pn Jumaiyah Amat. Tarikh 23 haribulan setiap bulan adalah jadual bagi dun Meru menghantar peserta. Sambutan diterima amat menggalakkan, dimana sehingga bulan Mac pendaftaran telah penuh.
Segala kos pemeriksaan dan pengangkutan adalah PERCUMA di bawah program MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR.

Tiada ulasan: