Program Back To School anjuran JKKK Kg Meru dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru serta Masjid As Syarif Meru telah mendapat sambutan yang sungguh meriah dari pelbagai kaum di Meru.
Seramai 130 orang anak murid Melayu, 60 orang dari kaum Cina dan 65 orang dari kaum India dari kalangan mereka yang miskin dan berpendapatan rendah telah di bekalkan dengan buku-buku tulis dan kelengkapan sekolah.
Selain dari itu, beberapa kaunter juga di buka untuk mendaftar pengundi baru dan menyemak tempat mengundi.
Selain dari itu, beberapa kaunter juga di buka untuk mendaftar pengundi baru dan menyemak tempat mengundi.
Seramai 125 pelajar sekolah dari pelbagai kaum telah mendapat khidmat gunting rambut dengan bayaran RM 1.00 sahaja seorang.
YB Dr Rani ketika merasmikan pembukaan program tersebut berharap program ini dapat di jadikan program tahunan yang dapat meringankan bebanan golongan miskin di DUN Meru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan