Sabtu, 19 Februari 2011

MINI KARNIVAL MAULIDUR RASUL






Satu Mini Karnival Sempena Maulidur Rasul telah di adakan di Surau Al Faizin di Sungai Kapar Indah.
Karnival yang di adakan seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11 malam itu adalah anjuran bersama Surau Al Faizin, Masjid Al Islah dan JKKK Kg Sementa.
Selain pertandingan melukis dan bernasyid, di adakan juga pertandingan azan dan berpidato, dan di akhiri dengan forum perdana selepas solat isyak.
YB Dr Abd Rani yang merasmikan karnival tersebut, mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang mengadakan karnival itu buat pertama kalinya dan mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa yang memberikan kerjasama bagi menjayakan karnival tersebut.

Tiada ulasan: