Sabtu, 26 Mac 2011

MAJLIS UNTUKMU WANITA DI MASJID MERU






Satu Majlis Untuk Mu Wanita telah di adakan khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Dewan Hambali Masjid As Syarif Meru.

Majlis yang di anjurkan oleh Persatuan Kebajikan Halwa Meru dengan kerjasama Biro Wanita Masjid As Syarif itu berjaya mengumpulkan seramai 30 orang OKU untuk menerima bungkusan hamper dan bantuan kewangan untuk meringankan beban dan meraikan golongan tersebut.
Ceramah Khas Untukmu Wanita telah di sampaikan oleh Ustazah Maznah Daud ( Penceramah Radio IKIM ).

ADUN Meru, Dr Hj Abd Rani bin Osman telah merasmikan penutupan majlis yang cukup meriah pada hari tersebut.

Tiada ulasan: