Ahad, 3 April 2011

USAHAWAN MELAYU YANG BERJAYA











Tuan Hj Hamseh bin Mohd Som adalah merupakan usahawan Melayu yang berjaya di Kg Meru.

Dengan memiliki Kolam Rekreasi Downhill yang terletak di Jalan Cempaka di Kg Hj Mohd Shariff dan memelihara 80 ekor kambing Jamnapari beliau bersama anaknya telah berjaya menjadi usahawan contoh kepada golongan yang berhasrat melibatkan diri dalam bidang keusahawan.

Menceritakan pengalaman pahit manis yang di laluinya kepada ADUN Meru, Dr Hj Abd Rani dan Ketua Kampung Meru, Hj Taifor bin Hj Nor serta Ketua Kampung Kg Bukit Kapar, Tuan Hj Shafie bin Hj Sulaiman, Tuan Hj Hamseh menekankan bahawa kesabaran dan kegigihan dan tawakkal kepada Allah menjadi bekalannya untuk terus berusaha meningkatkan prestasi kerjayanya.

YB Dr Rani berasa sungguh gembira melihat kejayaan yang di perolehi oleh Hj Hamseh dan berharap lebih ramai golongan muda yang dapat mencontohi usaha murni ini bagi menaikkan tahap ekonomi Bumiputera.

Selain memiliki kolam pancing yang beroperasi 24 jam itu Hj Hamseh juga memelihara puluhan ribu ikan keli dan ikan puyu untuk di jual kepada pelanggan-pelanggan tetap yang mengunjungi kolam rekreasi tersebut.

Beliau juga menanam beberapa pohon limau purut, misai kucing, limau kasturi dan buluh madu bagi menambah pendapatannya.

Tiada ulasan: