Jumaat, 8 April 2011

YB PRIHATIN MASAALAH PENDUDUK TAMAN KLANG






YB Meru, Dr Hj Abd Rani telah turun padang dan mendengar serta melihat sendiri masaalah yang melanda penduduk Taman Klang apabila mereka memohon untuk mendapatkan tanah lapang untuk di jadikan taman rekreasi bagi anak-anak mereka.

Tanah lapang yang sedia ada telah di gunakan sebagai tempat pakir kenderaan pelanggan-pelanggan beberapa restoran yang berhampiran.

Dr Rani yang di temani oleh Ahli Majlis MPK, saudara Deepakaran dan ahli Persatuan Penduduk, Mr Boon Kok Chuan telah mendengar beberapa pandangan dari pelbagai pihak yang menyokong dan yang membantah cadangan tersebut.

Dr Rani berjanji akan mengkaji dan mengadakan mesyuarat dengan beberapa pihak yang berkenaan dan insyaAllah akan berusaha bagi mendapatkan penyelesaian terbaik kepada masaalah tersebut.

Tiada ulasan: