Rabu, 25 Mei 2011

6 BUAH GERAI DAPAT NOTIS ROBOH DARI PEJABAT TANAH










Beberapa gerai makanan milik orang Melayu dan India di Jalan Teratai telah menerima notis dari Pejabat Tanah Klang untuk di robohkan menyebabkan seramai 7 orang peniaga-peniaga makanan datang ke Pusat Khidmat DUN Meru untuk membuat rayuan.

YB Meru Dr Hj Abd Rani telah mengunjungi setiap peniaga yang terlibat dan mendapat maklumat bahawa mereka telah berniaga di kawasan itu lebih dari 20 tahun. Ada juga yang berada di situ sejak 30 tahun yang lampau.

Memandangkan masaalah ekonomi yang melanda rakyat dan kesempitan hidup yang mereka lalui, Dr Rani merasakan masa ini bukanlah masa yang sesuai dan tepat untuk merobohkan gerai mereka.

Lagipun tidak ada projek yang akan dilaksanakan dipremis terlibat dan sepatutnya mereka di sediakan tempat perniagaan berhampiran kalau gerai-gerai mereka perlu dirobohkan.








Tiada ulasan: