Sabtu, 28 Mei 2011

DAN KERANA...DISITULAH AKHIRNYA







Konsert yang menampilkan persembahan sdr Bob Lokman, Khalid Salleh, Dr Ibrahim Ghafar serta kumpulan Dendang Anak, kumpulan cempuling warisan Bukit Kapar telah berjaya dilangsungkan. Sokongan dan bantuan sistem audio yang baik oleh Nasyeed Dotcom dapat menarik hadirin sekitar DUN Meru menanti hingga berakhirnya majlis.
Penyampaian istimewa sajak oleh Yb Dr Hj Abd Rani Osman . Sajak, monolog dan dendangan lagu berkonsep keinsafan, memuji kebesaran Allah di persembahkan oleh setiap selebriti dapat menyentuh hati para hadirin. Menurut pengarah program sdr Nordin Samit, gabungan konsep kesenian tradisional- moden dan ketuhanan adalah alternatif kepada pencinta seni hiburan daripada unsur yang melalaikan.
Kesungguhan beliau bersama urusetia program dengan sokongan JKKK Kg Meru mendapat pujian Yang Berhormat dan orang ramai. Diharapkan dapat diadakan dimasa akan datang menurut para pengunjung.

Tiada ulasan: