Ahad, 1 Mei 2011

MENZIARAHI MANGSA BANJIR BUKIT KAPAR






Petugas pejabat YB Dr Abd Rani Osman, ADUN Meru bersama JKKK, muslimat telah menziarahi mangsa di kediaman masing-masing sekitar Kampung Bukit Kapar.
Air telah mula naik mencecah keparas lutut selepas waktu solat Jumaat dan ada yang mencecah aras pinggang dikawasan yang lain.Pihak rombongan telah menerangkan bahawa sekiranya perlu berpindah, Pusat Pemindahan mangsa banjir telah dibuka di Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Petugas-petugas telah mengedarkan buah tangan berupa nasi ayam sebanyak 950 bungkus kepada mangsa-mangsa di rumah mereka.
Selain usaha tersebut, petugas-petugas juga berusaha mendaftarkan nama-nama mangsa banjir kilat tersebut untuk membuat laporan polis atas bencana yang menimpa mereka.

Tiada ulasan: