Isnin, 16 Mei 2011

CERAMAH UMUM DI SERAI WANGI CUBA DIHALANG










YB Ng Sue Lim, YB Khalid Samad dan YB Dr Rani adalah penceramah-penceramah yang telah menerangkan tentang isu-isu semasa dan menjawab tohmahan-tohmahan yang setiap hari telah dilontarkan oleh Umno/BN terhadap Pakatan Rakyat dengan di bantu oleh media-media perdana milik mereka.


Walaupun program tersebut pada mulanya cuba dibatalkan oleh pihak polis, namun dengan perbincangan berhemah yang diadakan oleh Dato Ketua Kampong Kg Bukit Kapar dan pihak berkuasa akhirnya ceramah umum tersebut alhamdulilah telah dapat di adakan dengan jayanya.


Orang ramai yang membanjiri dewan dan kawasan sekelilingnya berasa puas hati dengan penerangan-penerangan yang diberikan oleh wakil-wakil rakyat pilihan mereka walaupun dari kalangan orang Umno sekalipun.


Moga-moga Allah swt membuka hati para pendengar ceramah pada malam itu, termasuk dikalangan ahli-ahli pasukan bersenjata juga.


Dr Rani mengatakan tekadnya untuk menganjurkan lebih banyak ceramah umum sedemikian bagi menjelaskan pelbagai isu yang cuba diputarbelitkan oleh Umno/BN.

Adalah amat tidak adil sekiranya pimpinan-pimpinan PR di hentam dari setiap sudut pada setiap masa tetapi di masa yang sama cuba dihalang untuk mempertahankan diri mereka.











Tiada ulasan: