
   Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ogos 2011. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad  mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia  ditetapkan pada hari Isnin ini, 1 Ogos 2011, bagi mengikut perintah Yang  di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia  Raja-Raja. Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi media elektronik. Pada 26 Julai lepas, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia  mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah  berdasarkan Rukyah serta Hisab. Pusat Khidmat Masyarakat Dun Meru dan YB Dr Hj Abd Rani Bin Osman mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat Islam khasnya di Dun Meru. Rebutlah peluang terbaik, Ramadhan bulan yang penuh berkat, siang berpuasa, malam bertarawih, Tadarus Al Quran , Qiam dan banyak bersedekah.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan