Jumaat, 19 Ogos 2011

ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL DIRAIKAN















Kawasan Rukun Tetangga Taman Dato Bandar melalui kepimpinan Tuan Hj Saihu Hj Ros telah mengadakan satu Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa bagi meraikan lebih 30 orang anak yatim di bawah kariah Masjid Nurul Jannah dan 10 ibu tunggal ditaman tersebut.
Setiap seorang menerima antara Rm70 - Rm100 mengikut bancian ahli jawatankuasa surau dan masjid.

Turut diraikan para petugas dan sukarelawan surau dengan menerima sedikit saguhati daripada pihak surau dan KRT.

Diharapkan dengan sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan kewangan yang dilalui golongan asnaf tersebut.

YB Dr Rani turut hadir memberi tazkirah dan seterusnya berbuka puasa dan mengimami solat maghrib bersama semua jamaah yang hadir.

















Tiada ulasan: