Selasa, 30 Ogos 2011

JOM PULANG KE KAMPUNG




























Kempen Jom Pulang Ke Kampong anjuran DHPP dan Ahli Majlis MPK telah berjaya mencapai sasarannya di Perhentian Bas Klang Sentral, Meru.


Ustaz Nur Najhan Mohd Salleh dan Encik Deepakaran bersama pembantu-pembantu mereka terdiri dari ahli Unit Amal, kumpulan muslimah dan beberapa tenaga dari kaum Cina dan India telah turun padang untuk membekalkan minuman dan makanan ringan bagi orang ramai yang sedang menunggu giliran di Klang Sentral untuk bertemu keluarga di kampung masing-masing.


YB Dr Rani bersama datuk Ketua Kampung Bukit Kapar, Meru, Kg Budiman dan Kg Bukit Kerayong turut hadir mengambil bahagian dalam meriahkan lagi program tersebut.



















Tiada ulasan: