Program " JOM SHOPPING" bagi warga emas yang telah mendaftar dengan Pusat Khidmat dalam Skim Mesra Usia Emas telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari berbagai pihak terutama warga-warga emas itu sendiri.
Seramai 100 orang warga emas dari DUN Meru telah di raikan di Pasaraya Econsave di Kapar dengan diiringi YB Dr Rani dan isteri bersama JKKK Kampung Meru, Kg Bukit Kapar, Kg Budiman dan Kg Bukit Cerakah.
Sejumlah RM10 juta telah di peruntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk program Jom Shopping ini dan ianya dikhususkan bagi warga emas yang telah mencapai umur 60 tahun.
Di DUN Meru, terdapat lebih dari 3000 warga emas yang telah didaftarkan dan Dr Rani insyaAllah akan berusaha memastikan kesemuanya dapat dibawa ke pasaraya untuk membelibelah.
Rata-rata warga emas yang terlibat melahirkan rasa gembira dan bersyukur diatas initiatif Kerajaan Negeri ini kerana selain dapat berinteraksi bersama pimpinan, mereka juga dapat bertemu sahabat-sahabat lama mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan