Selasa, 23 Ogos 2011

MENGEJAR LAILATULQADAR










Alhamdulillah, masjid dan surau di kawasan DUN Meru dipenuhi jamaah untuk menamatkan fasa ketiga Ramadhan dengan mengerjakan solat tarawih. Malamnya diadakan majlis tadarus dan seterusnya berqiamulail. YB Dr Abdul Rani juga hadir berqiamulail di Masjid As Syarif , bersahur bersama semua jamaah di sini. YB juga telah meyampaikan kuliah subuh yang menyeru semua merebut malam lailatul Qadar. Masjid As Syarif telah mengadakan Majlis Qiamualail sejak 1 Ramadhan lalu dengan sambutan yang amat baik. Fasa 3 Ramadhan ini, diseru semua jamaah untuk terus beristiqamah untuk mengejar LailatulQadar.


Tiada ulasan: