Kedatangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin bersama-sama beberapa wakil rakyat Barisan Nasional bukan sahaja dialu-alukan oleh pimpinan tempatan BN malah juga oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr Hj Abd Rani bin Osman yang juga merupakan ADUN Meru.
Selain memasang bendera Selangor dan lambang PAS di persekitaran Pekan Meru, Dr Rani juga memasang 7 kain rentang dari Kg Budiman ke Pekan Meru yang selain memaparkan kedua-dua wajah beliau dan TPM juga tertulis kata-kata " ADUN Meru mengalu-ngalukan kedatangan Tan Sri Muhyidin Yasin ke Kawasan DUN Meru. "
Walaupun tidak dijemput secara resmi ke Majlis Hari Terbuka 1 Malaysia yang di adakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru , namun Dr Rani diiringi beberapa orang ketua kampong, AJK JKKK beberapa kampung dan anggota Unit Amal telah datang beramai-ramai dan di sambut dengan gembira oleh wakil-wakil rakyat pimpinan UMNO.
Rasulullah saw semasa hidupnya meraikan dan melayani dengan baik walau pengunjung dari kalangan Yahudi dan Nasrani apabila mereka datang ke Madinah.
Nabi sendiri dalam satu hadith menyebut :
"...Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia menyantuni tetamu nya ..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan