Isnin, 31 Oktober 2011

MAJLIS PENUTUP PTRS DUN MERU










Program Tuisyen Rakyat Selangor merupakan program merakyatkan ekonomi Selangor yang banyak manafaatnya kepada rakyat terutama golongan pelajar SPM yang pendapatan keluarga dibawah RM 1500.00. Diatas amanah ini, kerajaan Selangor dibawah Exco Pendidikan mengujudkan program tuisyen SPM secara percuma di 56 Dun Selangor. Di Dun Meru, sejak tahun 2009-2011, walau sasaran 100 pelajar setiap Dun yang diperuntukan tetapi pelajar yang terlibat adalah 120 pelajar sejak Mac 2011. Perjalanan PTRS 2011 berjalan baik dan lancar dengan prestasi setiap minggu melebihi 80 peratus kehadiran, 9 orang guru , buku diberikan secara percuma dan setiap minggu pelajar diberikan peruntukan makan tengahari percuma oleh YB Dr Abd Rani Osman. Pada hari ini, 30 Okt 2011, maka berakhirlah PTRS tahun ini. Ketua Kampung Meru, Tuan Haji Thaifor Hj Nor menasihatkan semua pelajar agar berusaha dengan lebih gigih dan teratur bagi menghadapi ujian SPM sebenar pertengahan Disember nanti. Tahun 2011,DUN Meru , keseluruhannya pelajar telah bertuisyen sebanyak 30 minggu (150 jam) yang diketuai oleh KPMI Encik Bahrom Basiron.

Tiada ulasan: