Isnin, 17 Oktober 2011

TG NIK AZIZ DI DEWAN HOKKIEN KLANG



























Menteri Besar Kelantan Darul Naim tersenyum lebar apabila mendapati ramai rakyat berbilang kaum menanti kehadiran beliau di dalam Majlis Makan Malam yang di adakan di Dewan Hokkien Klang.


Selain dari kaum Cina yang berebut peluang bersalaman dan bergambar dengan YAB TG Nik Abd Aziz Nik Mat, golongan India dan juga Melayu tidak melepaskan peluang berbuat perkara yang sama.



YB Dr Rani. YB Khalid Samad, YB Ng Swee Lim, YB Dr Mariah dan YB Ronnie Liew adalah diantara tetamu kehormat yang menghadiri majlis tersebut.


Dalam ucapan panjang lebarnya, YAB TG Hj Nik Abd Aziz Nik Mat menerangkan tentang Keesaan dan Keagungan Allah yang memiliki alam ini yang menentukan taqdir yang diluar kemampuan maanusia.


TG juga menghuraikan toleransi yang luas yang diamalkan oleh Islam yang menyantuni hak-hak agama lain dan sentiasa menyeru ummat Islam khususnya agar mengutamakan keselamatan dan kefahaman sesama maanusia.

















Tiada ulasan: