YB Dr Rani setelah selesai berbahas di Sidang DUN telah bergegas ke rumah keluarga mendiang Adrian yang mayatnya masih di sembahyangkan di gereja berdekatan.
Keluarga mendiang, terutama ibunya Mary berasa cukup sedih dengan kematian anak emas lelakinya Adrian yang mendapat liputan luas media apabila terbunuh dalam kejadian yang tidak diingini di Indonesia.
Mendiang, seorang pelajar pintar yang melanjutkan pelajaran di negara seberang laut dalam bidang perubatan bercita-cita untuk membuka klinik selepas tamat pelajaran dan memberi khidmat perubatan percuma kepada golongan miskin.
Namun cita-cita murninya tidak tercapai apabila beliau terlibat dalam satu pergelutan ketika cuba mendapatkan balik motosikalnya yang cuba dirampas oleh pemuda-pemuda samseng di Indonesia.
YB Dr Rani selain menyampaikan rasa simpati kepada ibu mendiang, juga menyampaikan sumbangan wang bagi meringankan bebanan keluarga mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan