Khamis, 24 November 2011

PERSIAPAN PETUGAS MENGHADAPI PILIHANRAYA


























Memandangkan kemungkinan Pilihanraya Umum akan berlangsung dalam masa yang tidak berapa lama, berbagai program memperkasakan petugas parti sedang giat dilaksanakan di semua peringkat di seluruh Negeri Selangor.


YB Dr Abd Rani selaku Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor giat bergerak dari satu daerah dan kawasan ke satu tempat yang lain di seluruh Selangor bagi memotivasikan petugas-petugas pilihanraya bagi tujuan tersebut.


Dalam ucapan-ucapan beliau, Dr Rani selalu menekankan betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh petugas-petugas parti dalam melaksanakan tugas yang mulia ini disisi Allah swt.

Beliau juga menekankan bab ukhuwwah dikalangan petugas perlu dipertingkatkan bagi menghadapi musuh yang ramai.

















Tiada ulasan: