Selasa, 3 Januari 2012

PASTI IMTIYAAZ DIRASMIKAN PJ SELANGOR



















Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, YB Dr Abd Rani bin Osman telah merasmikan Pasti Imtiyaaz di Sungai Serdang.

Pasti yang disasarkan jumlah murid seramai 40 orang terpaksa akur dan menerima pendaftaran seramai 70 orang pelajar di kawasan pekat unmo ini.

Yang menariknya, terdapat ibu-bapa yang telahpun mendaftarkan anak-anak mereka ke Tadika Kemas tetapi kemudiannya mendaftarkan semula anak-anak mereka ke Pasti Imtiyaaz.

Yb Dr Rani menekankan kepentingan pendidikan agama kepada anak-anak agar mereka membesar dalam sibghah atau acuan Islam yang sebenarnya.

Islam tidak perrnah melarang ummatnya mencari ilmu walau kenegeri Cina namun jangan sampai diketepikan akhlaq dan tarbiyah Islamiyah.

Justeru itu Islam telah membuktikan telah melahirkan ramai pakar-pakar Islam yang memberikan sumbangan berharga kepada kemajuan dunia untuk dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan latarbelakang agama.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Kg Sg Serdang, Tuan Hj Hassan Basir, Pengurus Pasti Imtiyaaz, Tuan Hj Hashim Ahmad dan Mantan Duta Besar Malaysia ke Mesir, Yemen dan Croatia, Dato Azman.



















Tiada ulasan: