Lawatan selama 4 hari ke Tanta dan Kaherah di Mesir adalah pengalaman yang cukup berharga bagi YB Dr Abd Rani bin Osman.
Selain dapat mengimbas kembali sejarah pengajian beliau di Universiti Tanta dalam bidang perubatan dari tahun 1977 hingga 1983, beliau banyak menimba ilmu agama secara tidak rasmi dari para-para ulamak yang mengajar di masjid-masjid dan juga dari sahabat-sahabat Arab di Daerah Tanta.
Pelajar Malaysia keseluruhannya berjumlah lebih 11 ribu orang di bumi Mesir dan 1200 dari nya adalah dari Negeri Selangor.
Dalam 3 sessi pertemuan dengan mahasiswa dan mahasiswi yang mendalami ilmu agama serta penuntut-penuntut perubatan di Universiti Kaherah dan Tanta, YB Dr Rani banyak berkongsi pengalaman beliau bersama mereka dan senantiasa menggalakkan mereka menumpukan perhatian dalam pelajaran mereka serta jangan lupa untuk membawa pengetahuan Islam dalam kehidupan mereka sehingga ke akhir hayat mereka.
Walaupun cuaca agak sejuk, namun ianya tidak menghalang pelajar-pelajar memenuhi ruang yang luas dihadapan bangunan Penempatan Pelajar Negeri Selangor selepas solat Isyak hingga ke jam 11 malam bagi menghadiri Forum Bersama Pimpinan yang di anjurkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan