Khamis, 16 Februari 2012

RUMAH TUMPANGAN PELAJAR TAHFIZ TERBAKAR













Seramai 34 orang pelajar tahfiz terselamat dari kebakaran yang membakar hangus rumah tumpangan kediaman mereka di Batu 7 Jalan Tambahan Meru baru-baru ini.


MB Tan Sri Khalid Ibrahim bersama isteri sempat membuat kunjungan ke tempat kejadian dan menyumbangkan dana bagi pelajar-pelajar terbabit.

YB Dr Rani bersama Ketua Kampung dan beberapa orang Ahli Majlis MPK yang bersama-sama dalam kunjungan tersebut telah mendapat kerjasama dari pihak JKM dan LZS untuk menghulurkan derma kepada pelajar terbabit dan pihak maahad berkenaan.


Buat sementara waktu, pelajar-pelajar yang masih ingin meneruskan pelajaran mereka boleh berbuat demikian di bangunan lama masjid Meru.


Sesiapa yang ingin menderma bolehlah berhubung terus dengan pihak Masjid atau maahad atau Ketua Kampung sendiri.





















Tiada ulasan: