Khamis, 29 Mac 2012

KARNIVAL TERIMA KASIH RAKYAT



















Kehadiran lebih dari 70,000 rakyat berbilang kaum di Stadium Kuala Selangor bagi meraikan Karnival Terima Kasih Rakyat membuktikan segala usaha jahat dari pihak tertentu yang melontarkan seribu satu macam tohmahan dan cemuhan terhadap tata-kelola dan urustadbir Pakatan Rakyat di Selangor jauh meleset dan tohmahan tidak berasas.


Rakyat Selangor adalah rakyat berinformatif dan bijak menilai sendiri siapa yang melaksanakan apa yang diperkatakan dan siapa yang cakap tak serupa bikin.


YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ucapannya menyelar pimpinan yang hanya pandai bercakap tapi dimasa yang sama menggadaikan harta dan rezab orang Melayu.


Walaupun majlis tersebut cuba dicemari oleh pihak yang dengki dan berlagak samseng, namun ianya alhamdulilah dapat dikawal dan diatasi.


Pimpinan PR tidak pernah menghampakan harapan rakyat dan bertugas demi mendapat keberkatan dari Allah swt
























Tiada ulasan: