Majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Meru ini bukan sahaja menyaksikan pelajar-pelajar cemerlang PMR, SPM dan SMA di raikan atas kecemerlangan mereka , tetapi juga pelajar-pelajar STPM, STAM dan Tahfiz Quran tidak dipinggirkan.
Termasuk dikalangan penerima anugerah adalah pelajar-pelajar Tionghua dan India yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan mereka.
Selain YB Dr Rani yang merasmikan dan menyampaikan hadiah-hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan, Encik Allen Tan yang merupakan seorang OKU dan Ahli Majlis MPK juga diberi penghargaan menyampaikan sumbangan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan