Kehadiran YB Dr Rani kerumah pesakit-pesakit di DUN Meru adalah menjadi rutin aktiviti beliau sejak 2008 apabila memenangi pilihanraya umum pada tahun berkenaan.
Ianya bukan dilakukan apabila telah dekat pilihanraya untuk memancing undi semata-mata seperti yang dilakukan oleh pihak Umno.
Bagi Puan Muniyamah A/P Kantasamay, 67 tahun, yang diam di Taman Meru 3 yang sebelah kakinya telah dipotong kerana komplikasi penyakit kencing manis, kehadiran Dr Rani menitiskan air matanya dan beberapa kali mengucapkan ribuan terima kasih kerana sumbangan makanan, wang dan ubat-ubatan yang diperolehi dari wakil rakyatnya.
Begitu juga bagi Puan Hjh Miskiah bt Hj Samit yang tinggal di Jalan Khamis, seorang ibu berumur 57 tahun yang baru diserang penyakit angin ahmar, sumbangan kerusi roda disamping sumbangan wang, ubat-ubatan adalah satu sumbangan yang cukup disyukuri beliau dan anak-anaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan