Ahad, 22 April 2012

GOTONG ROYONG DI TAMAN MERU SATU










Penduduk Taman Meru Satu yang terdiri dari pelbagai kaum berasa gembira kerana usaha yang diambil oleh pihak MPK dan JKKK Kg Meru yang mengadakan program Gotong Royong di taman mereka.
Ustaz NurNajhan yang merupakan Ahli Majlis MPK telah berusaha menggerakkan program tersebut bagi menyedarkan penduduk betapa berharganya nilai kebersihan dan kerjasama diantara mereka untuk menjamin keselesaan kehidupan.
YB Dr Abd Rani yang turut merasmikan program berkenaan dalam ucapannya memberitahu bahawa program itu memang tidak di serahkan sepenuhnya kepada pihak MPK kerana ingin melibatkan penduduk agar mereka terasa penglibatan mereka bersama.
Penduduk berasa gembira melihat wakil rakyat mereka juga turut bersama terlibat dalam proses pembersihan taman tersebut.
Walaupun belum ada kes kematian demam denggi di Meru, namun jumlah kes kematian di Daerah Klang yang meningkat ke 972 adalah cukup menakutkan dan diberikan perhatian serius.

Tiada ulasan: