Jumaat, 4 Mei 2012

ANUGERAH PTRS TAHUN 2011

Dun Meru telah mengekalkan 3 tahun prestasi PTRS terbaik dengan mendapat anugerah kecemerlangan pelajar terbaik 2011dikalangan 56 Dun Selangor.  Anugerah pelajar terbaik 2011 ialah adik Aini Amirah Hamidon yang mendapat 7A 2B  bersekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Meru.  Anugerah Koordinator Pembangunan Modal Insan (KPMI) 2011 terbaik juga dari Dun Meru iaitu Encik Bahrom Basiron. Untuk rekod, Dun Meru menguruskan lebih 120 pelajar setiap tahun sejak 2009-2012, walaupun peruntukan 100 pelajar setiap Dun. Peratusan kecemerlangan lulus PTRS Dun Meru semakin meningkat sejak 2009. walaupun semua pelajar hanya mengikuti kelas tuisyen PTRS sahaja.Aini Amerah ,pemenang anugerah berpendapat, PTRS adalah yang terbaik dan berkesan, modul buku, latihan, kerja kelas yang diberikan amat bagus untuk pelajar. Program motivasi, Smart Learning, Pecutan Akhir, Solat hajat, program sampingan yang amat bermanafaat.kepada pelajar.  Semoga PTRS diteruskan dimasa yang akan datang dengan penambahbaikan yang terbaik dari penganjur KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR.

Tiada ulasan: