Selasa, 31 Julai 2012

SEMARAK KASIH RAMADHAN DI PAYA JARAS









Program Semarak Kasih Ramadhan anjuran bersama Akhbar Harakah, Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor dan Dewan Muslimat Pusat telah diadakan di sebuah Dewan Orang Ramai DUN Paya Jaras.
Selain dari Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, YB Dr Abd Rani bin Osman, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, YB Siti Zailah bt Mohd Yusof juga hadir bagi meriahkan lagi majlis tersebut.
Ustazah Siti Maryam selaku Ketua Lajnah Kebajikan BPPNS berharap majlis penyerahan sumbangan dana dari Harakah dan makanan berhasiat dari Pas Negeri Selangor itu dapat meringankan bebanan kumpulan fuqarak dan ibu tunggal yang hadir sebagai penerima sumbangan pada petang itu.

Tiada ulasan: