Khamis, 2 Ogos 2012

BERSAHUR BERSAMA RAKYAT MARHAIN





Dalam kesibukan jadual hariannya, YB Dr Rani sempat meluangkan masa bersama rakyat marhain berbuka puasa dirumah mereka.
Selain menyediakan juadah makanan sahur untuk 15 orang, rombongan dari Pusat Khidmat Masyarakat Meru ini juga membawa bersama mereka beras, gula, garam dan makanan berzat yang lain untuk keluarga berkenaan. Duit hariraya juga di sediakan untuk anak-anak mereka.
Puan Manis dan suaminya, En Sani menitiskan air mata apabila menerima kunjungan rombongan YB tersebut.
Mereka mempunyai 7 orang anak dibawah tanggungan mereka. En Sani yang bekerja di kedai welding besi berpendapatan RM 1000.00 sebulan terasa bebanan kehidupan apabila isterinya pun tidak bekerja dan mempunyai ramai anak.

Tiada ulasan: