Sabtu, 11 Ogos 2012

RUMAH TERBAKAR DI JALAN BELIMBING







Nasib malang menimpa keluarga Encik Hashim bin Husin  serta keluarga apabila rumah kediaman mereka hangus dijilat api pada jam 8 pagi di Lot 2801 Batu 2  1/2 Jalan Belimbing.
Nasib baiklah tiada kemalangan jiwa yang berlaku kerana  Encik Hashim dan isterinya Puan Junaini bt Saiyan sedang bertugas dan ketiga-tiga anak mereka berada di rumah nenek mereka ketika kejadian itu berlaku.
YB Dr Rani sempat bergegas ketempat kejadian dan mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba yang cepat datang ketempat kejadian untuk menghalang api tersebut dari merebak lagi.
YB Dr Rani juga menyumbangkan sedikit dana dan berusaha mendapatkan bantuan dari LZS, JKM dan Pejabat Daerah bagi membantu mangsa-mangsa berkenaan.

Tiada ulasan: