Ahad, 23 September 2012

MAJLIS KESYUKURAN PENUTUP, ANUGERAH & GURU PTRS 2012







PTRS Dun Meru telah melengkapkan produk MES Selangor dengan jayanya dengan mengadakan kelas tuisyen PTRS dengan sepanjang tahun 2012 dengan baik dengan lebih 120 pelajar terlibat. Sepanjang 4 tahun penganjuranya, PTRS Dun Meru telah berjaya diikhtiraf 3 tahun berturut-turut sebagai pelajar terbaik dan pengurusan terbaik Selangor. Kejayaan tersebut bukanlah berseorang tetapi dikongsi bersama semua pelajar, guru-guru dan Team AJK PTRS Taman Seri Puteri yang senantiasa bertungkulumus saban minggu, tahun. Bagi mengikhtiraf  mereka, pengurusan PTRS Dun Meru meraikannya dengan mengadakan MAJLIS KESYUKURAN DAN ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR DAN GURU PTRS 2012. Mereka diraikan dengan jamuan Beriani sempena juga hari terakhir dan penutup PTRS 2012. Hadir menutup program ini, Tuan Hj Thaifor Hj Noor, Ketua Kg Meru. Seramai 10 orang pelajar diberikan anugerah galakan RM 10 setiap keputusan A yang diperolehi semasa ujian prestasi PTRS yang lepas, 9 orang guru diberikan cenderamata oleh pihak pengurusan.

Tiada ulasan: