Khamis, 4 Oktober 2012

JOM MANCING DI MASJID MERU


Satu program cuti sekolah, JOM MANCING di depan Masjid As Syarif akan diadakan pada 11 Nov 2012 (ahad) 8.00 pg dengan pelbagai hadiah disediakan. Program ini diadakan sebagai riadah berkeluarga, merapatkan keharmonian masyarakat, ianya juga untuk menambahkan dana masjid melalui penjualan joran memancing bersama umpan yang akan disediakan. Dijangkakan 100kg ikan akan dilepaskan dan Adun Meru akan merasmikannya. Sila dapatkan borang Di Pusat Khidmat masyarakat Dun Meru dan Masjid As Syarif.

Tiada ulasan: