Isnin, 1 Oktober 2012

RAKYAT BOLEH MENARIK NAFAS LEGA





Setelah menanti lebih dari 8 tahun, penduduk Kg Bukit Kerayong 2 boleh menarik nafas lega kerana permintaan mereka untuk membina jalan yang sempurna ke tanah perkuburan orang Islam insyaAllah bakal dinikmati dalama masa terdekat.
Kalau sebelum ini laluan dari kaki bukit ketanah perkuburan dikampung tersebut hanya terdiri dari tanah merah yang menyusahkan penduduk kampung untuk mengusung jenazah terutama apabila musim hujan, tetapi alhamdulilah pada kali ini masaalah tersebut telah dapat diatasi.
YB Dr Rani dengan kerjasama Ketua Kampong Hj Amin Sarwan telah berusaha mendapatkan bantuan dari Kerajaan Negeri Selangor dan proses membuat jalan itu sedang dijalankan.

Tiada ulasan: