Isnin, 22 Oktober 2012

RAWATAN DARI RUMAH KE RUMAH


Bagi Encik Hanapi bin Sirin 48 tahun dan  Encik Rahmat bin Juraimi serta keluarga, kedatangan YB Dr Rani kerumah mereka sungguh tidak disangka dan mereka menyambut dengan perasaan gembira.
Encik Hanapi yang baru menjalani pembedahan hernia selain dapat berbual panjang juga mendapat sumbangan ubat-ubatan dan wang yang akan mengurangkan bebanan hidup beliau.
Bagi Wak Rahmat dan isteri pula terasa gembira dan memberitahu YB Dr Rani bahawa sebahagian kesakitan beliau terubat dengan kehadiran dan kesanggupan YB mengunjung dan mendengar penderitaan mereka.

Tiada ulasan: