Jumaat, 5 Oktober 2012

SKIMSEL CAWANGAN SABAK BERNAM







YB Dr Rani sebagai Pengerusi SKIMSEL Selangor telah melawat Cawangan Sabak Bernam serta sadiq-sadiq yang membuat pinjaman dengan cawangan tersebut.
Antara sadiq yang dilawati ialah Puan Zaleha binti Ahmad 55 tahun, seorang pengidap penyakit kencing manis dan telah dipotong sebahagian kaki sebelah kirinya namun masih berjiwa kental untuk menjalankan projek membuat kerepek dan bahulu dirumahnya.
Begitu juga Puan Salamah binti Kussin 42 tahun yang dibantu oleh suaminya Encik Mohd Senin yang mengusahakan projek ternakan kambing sebanyak 30 ekor.

Tiada ulasan: