NO.8G,JALAN LIMAU TAMBUN, TAMAN KIYAI RIDZUAN,BATU 7, JALAN MERU,
41050 KLANG SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-33934877 Faks: 03-33935877
Sabtu, 20 November 2010
KEMPEN DERMA DARAH DI SJK (C) MERU
YB Dr Rani telah melawat Program Kempen Derma Darah yang telah di jalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pekan Meru yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama dari pihak Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang. Dr Rani memuji perubahan yang berlaku kepada masyarakat Cina dan India yang nampaknya sekarang telah memahami betapa pentingnya mereka menderma darah untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik apabila terjebak dalam situasi kecemasan dan amat memerlukan bantuan pertolongan darah.
Ditubuhkan selepas kemenangan PAS melalui YB Dr Abd Rani Osman sebagai calonnya lewat PRU-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu. Pusat ini beroperasi sebagai perantara di antara rakyat dan agensi kerajaan bagi menyalurkan semua bentuk keperluan dan suara rakyat kepada pihak yang bertanggungjawab. Semoga kewujudan pusat ini akan memberi sinar baru kepada harapan rakyat yang mungkin selama ini pudar..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan