NO.8G,JALAN LIMAU TAMBUN, TAMAN KIYAI RIDZUAN,BATU 7, JALAN MERU,
41050 KLANG SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-33934877 Faks: 03-33935877
Sabtu, 20 November 2010
YAYASAN AMAL MEMBUAT KORBAN DI ZAMBOANGA
Yayasan Amal Malaysia telah berlepas ke Pulau Basilan, Filipina untuk membuat korban 38 ekor lembu dan 76 ekor kambing kepada masyarakat minoriti Islam di sana. Rombongan yang di ketuai oleh Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia, Dr Hj Abd Rani bin Osman bersama Dr Suhaizeli dan 8 orang sukarelawan lain adalah rombongan NGO yang pertama dari Malaysia yang telah berjaya sampai ke Basilan dan mengadakan ibadah korban di Municipal Tipo-Tipo dan Isabella. Mereka juga mengadakan Pemeriksaan dan Rawatan Perubatan Percuma kepada penduduk minoriti Islam di Tuburan. Rombongan itu telah bermalam di Zamboanga sebelum berlepas dengan menaiki bot ke Pulau Bailan. Mereka telah di sambut oleh Saudara Tony dari Bangsamoro Development Agency dan Hj Mukmin Mujahid dari Ulamak Supreme Council.
Ditubuhkan selepas kemenangan PAS melalui YB Dr Abd Rani Osman sebagai calonnya lewat PRU-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu. Pusat ini beroperasi sebagai perantara di antara rakyat dan agensi kerajaan bagi menyalurkan semua bentuk keperluan dan suara rakyat kepada pihak yang bertanggungjawab. Semoga kewujudan pusat ini akan memberi sinar baru kepada harapan rakyat yang mungkin selama ini pudar..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan