Isnin, 20 Disember 2010

GOTONG ROYONG PERDANA DITAMAN KLANG










Satu Gotong Royong Perdana telah di lancarkan di Taman Klang yang melibatkan Pusat Khidmat DUN Meru, Alam Flora, Jabatan Alam Sekitar, MPK dan penduduk tempatan.
Ahli Majlis Tuan Hj Nur Najihan Haji Salleh dan YB Dr Hj Abd Rani bin Osman serta YB Manikavasagam telah turun padang bersama rakyat bagi menjayakan program tersebut.

Mr Ho yang mewakili penjaja di pasar Jalan Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua pihak yang terlibat yang mengambil berat tentang kebersihan dan kesihatan penduduk tersebut.

Dr rani mengingatkan penduduk bahawa tidak ada gunanya penduduk hanya berharap sepenuhnya kepada pihak MPK dan Alam Flora tetapi mereka sendiri mestilah menunjukkan sikap yang positif dengan tidak membuang sampah merata-rata dan mengikut suka hati mereka sahaja.

Tiada ulasan: