Isnin, 20 Disember 2010

MAJLIS KONVOKESYEN DAN KECEMERLANGAN PELAJAR







Satu Majlis Konvokesyen Sijil Pengajaran Awam Syariah dan Tarannum Serta Kecemerlangan Pelajar telah di rasmikan di Dewan Hambali Masjid As Syarif Meru oleh YB Dr Hj Abd Rani bin Osman.
Pelajar-pelajar cemerlang yang telah menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia, Sijil Menengah Agama, Penilaian Menengah Rendah, Ujian Pencapaian Rendah Sekolah serta Penilaian Sekolah Rendah Agama adalah di antara penerima sijil Kecemerlangan tersebut.

Selain itu sijil juga di anugerahkan kepada mereka yang telah menduduki Pengajian Al Quran Kursus Tarannum dan Awam Syariah yang terdiri dari 38 orang.

Dr Rani dalam ucapannya mengingatkan penerima anugerah agar jangan menerima sijil tersebut sebagai penghargaan sahaja tetapi perlu di terjemahkan kepada satu amanah yang bakal di pertanggungjawabkan di akhirat nanti.

Tiada ulasan: