Isnin, 17 Januari 2011

PERTEMUAN MESRA DI IPD KLANG UTARA








YB Dr Hj Abd Rani bin Osman bersama Ustaz Hj Nur Najhan selaku Ahli Majlis MPK dan beberapa orang Ketua Kampung dari Kg Meru, Kg Bukit Kapar, Kg Bukit Cerakah, Kg Budiman, Kg Batu Belah dan Kg Cerakah Jaya telah membuat kunjungan mesra ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.
Rombongan mereka telah di sambut oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Encik Beh Eng Lai dan beberapa orang pegawai polis yang lain.
Dalam taklimat ringkasnya, Tuan Beh Eng Lai menerangkan bahawa mereka mulai beroperasi di IPD yang baru ini mulai dari 2 Sept 2010.
Selain dari Kawasan Meru, kawasan Bandar Baru Klang, Bukit Raja dan Bandar Sultan Sulaiman juga adalah di bawah kawalan IPD Klang Utara.
Beliau memberitahu bahawa kadar jenayah di Meru banyak menurun dan setakat ini jenayah di Kawasan Meru hanyalah 8 % dari seluruh jumlah jenayah di Klang Utara.
Adalah sukar untuk pihak polis untuk menjaga kawasan seluas 243 km persegi dengan penduduk mencapai jumlah 500,000 orang sedangkan anggotanya hanya 400 orang, sekiranya tidak mendapat kerjasama dari penduduk yang perihatin.
YB Dr Rani dalam ucapannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah memberi kerjasama dan bertugas sepanjang masa bagi memastikan keselamatan maksimum kepada penduduk Melayu, Cina serta India di negeri ini.

Tiada ulasan: